CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Daisypath Anniversary tickers

Sunday 18 October 2009

Aku pernah...

Pernah terbit nur itu dalam hati,

Pernah bersua dua muka nurani,

Pernah bahagia menitip kasih bersemi

Juga pernah menggalas impi di dilangit tinggi,

Pernah singgah persis damai yang membelai,

Pernah berlabuh biduk peri pd hamparan harapan,

Tiada gundah menadah kata setia menanti,

Tiada patah sendi akli menunggu jawapan persoalan,

Pernah juga memanggil hiba pergi,

Pernah juga menjemput duka berlalu.

Tiada bisa membatasi kendiri,

Tiada alang menduga jiwa yang pilu,

Hanya kerana aku cinta,

Hanya kerana aku sayang,

Putuskanlah tali seksaan ini,

Andai benar cinta itu adalah gembira,

Hilangkanlah rasa cinta ini,

Andai persahabatan itu lebih mulia,

Kerana aku tidak mampu bersuara,

Kerana darah luka menitis tidak menepis tamu tangis,

Aku mengharapkan kebahagiaan..

Walaupun anganku tidak mahu,

Cinta ini terhenti sekadar pernah..

Tetapi selalu dan selamanya..

0 action: