CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 29 December 2010

Live Life To The Fullest ~





If you treasure the beauty
that shows all around you
and try to add some of your own,

Enjoy the companionship
others can give you
yet value your moments alone,

If you honor opinions
that differ from yours
yet stand up for what you believe,

Admire the accomplishments
others have made
and take pride in what you can achieve...

If you love those around you
and love yourself too,

If your spirit is eager and free...
then you know what it means
to live life to the fullest
and be the best 'you' you can be!

- Amanda Bradley -

Sunday, 14 November 2010

be alert please .. =D

1. Lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka cantik. sebaliknya diorang lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketrampilan.
*perempuan yang kurang cantik di luar sana tak usah risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri anda. pasti meletop di hadapan mata lelaki selepas ni!*

2. Lelaki sangat suka flirts. itu lumrah alam. if perempuan tak boleh nak terima pergi jadi lesbo ok!
*sama-sama tak flirt la*

3. Lelaki boleh suka pada perempuan dalam seminit dan boleh jugak tak suka pada perempuan itu seminit kemudian. pernah terjadi macam itu?

4. Lelaki mungkin akan flirting around seharian suntuk. tapi sebelum tidur dia pasti akan berfikir tentang perempuan yang paling dia sayangi. sampai terbawa ke dalam mimpi. percaya la.

5. Lelaki boleh gila bila terkene panahan senyum sang perempuan.

6. Sila jangan cerita pasal ex-boyfriend. Lelaki amat pantang!

7. Bila kaum perempuan memberi message 'you know what?!! ermm. never mind'. akan membuatkan sang lelaki ini berfikiran jauh menyimpang dari apa sebenarnya yang sang perempuan ingin sampaikan.

8. Lelaki benci Gay.

9. Lelaki suka perempuan yang pandai memasak.

10. Lelaki hanya ada satu nafsu. perempuan ada 9. maksudnya?







*copy paste dr blog akk sy y sweet .. sista BULAN .. *

Tuesday, 24 August 2010

....

K.E.C.E.W.A
FULLSTOP !

Tuesday, 13 July 2010

diriku dirimu ~

jika kau dengarkan ..
degupan jantungku ..
mungkin kau kan tahu ..
ku cinta padamu ..
izinkan jemariku ..
membelai rambutmu ..
sentuhan bibirmu ..
menggetar jiwaku ..
linangan matamu ..
memukau hatiku ..
mungkinkah kau tahu ..
jeritan batinku ..
walaupun menjauh ..
ku tetap selalu memujamu ..
seluruh hatiku ..
ku serah padamu ..
mungkinkah kau tahu ..
atau mengujiku ..
mungkinkah mimpiku ..
kau cinta diriku ..
bebaskanlah daku ..
dari belenggu mu ..
andai kau tahu ..
ku cinta padamu ..

Friday, 9 July 2010

S.E.R.A.B.U.T

ARGHHHH !
TENSION !
DAMN !

Wednesday, 7 July 2010

pelik ke ?


hmm .. rmai yg brtanye .. nape rama2 ? nape butterfly ? emm .. soalan yg simple tp sbnrny ssh utk di jwap .. aku sndri pn xtau nape .. prsaan utk mnat kpd rama2 dtg tiba2 .. tp bila aku lhat smula bnatang 2 .. bru aku phm knape .. sbb bg aku rama2 adalah bnatang ciptaan Allah y unik .. brmula drpd ulat kcil y hdup dlm kepompong .. kmudian mmbsar mnjdi seekor rama2 y cntik .. sgguh indah ciptaan Allah .. mmg xblh nk dinafikn lg .. aku kgum .. terima kasih Ya Allah krn tlah mncipta alam semesta yg pnuh dgn keindahan .. smoga aku blh trus mghayati keindahan dan keunikan ciptaanMu ..

da day we find love ~

Thursday, 1 July 2010

doa kita berdua ~

Ya Allah ..
kadang-kadang terasa belaian cinta-Mu ..
bersama kurnia sekalung hidayah ..
tapi kadang-kadang terasa bahang murka-Mu ..
seiring patahnya sebuah mujahada kami berdua ..

Ya Allah ..
walau apa pun ..
kami masih terus disini ..
mengemis di tepian janji-Mu yang pasti ..
disini kami masih mendamba cinta ..
kerana yakin cinta-Mu tidak pernah sirna ..
selamanya ..
buat kami berdua ..

Ya Allah ..
kau terlalu dekat ..
tanpa senyum ..
tanpa suara ..
namun cinta-Mu ketara jua ..
dalam doa ..
kami berdua ....

Sunday, 27 June 2010

aku bukan sumayyahmu !

kasihku ..
bunga semalam telah layu ..
gugur daripada jambangannya ..
mujur cinta dan perjuangan kita ..
bukan itu lambangnya ..

mulut kaku untuk merayu ..
hatiku malu untuk terus cemburu ..
tidak seperti dulu ..
kerana kini kau mujahid ..
yang rindu memburu syahid ..

maaf kiranya tutur dan tingkah ..
senyuman dan seri wajah ..
pudar dan hambar dimatamu ..
padaku yang baru belajar ..
menjadi seorang mujahidah ..

aku kini hanya mendoakan ..
agar kau menjadi yassir ..
walau kiranya ..
aku bukan ..
sumayyahmu ..

dalam tangis ku cuba senyum ..
ketika kau bermusafir ..
sepertinya Siti Hajar ..
sewaktu ditinggalkan Ibrahim ..

biar selalu kita berpisah ..
selalu derita kerana susah ..
kerana syurga menagih ujian berat ..
sedangkan neraka dipagari nikmat !

Tuesday, 22 June 2010

memaafkan ~

selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain ,
itu petanda kau sendiri tidak bahagia ..
pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia ..
wahai diri , ingatlah ..
segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua ..
jika datang orang 'menghadiahkan' air mata ..
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar ..
jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab' ,
lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab' ..
jika kau disakiti dia , DIA sedang mengajarmu erti redha ..

firman Allah swt yang bermaksud :

" tolaklah kejahatan dengan sebab kebaikan .. nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara "

surah fussilah : 34 ..

kini , hatiku tertanya lagi .. siapa aku yang begitu sukar memaafkan ? tuan ? tuhan ? aku hanya hamba ! sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf , Maha Pengampun .. siapa aku yang kerdil untuk berdendam ? Ya Allah ....

Monday, 14 June 2010

ST 12 - Jangan Pernah Berubah (Super HQ Audio/Video) *with LYRICS/CAPTION

Friday, 21 May 2010

kita dan kreatif !

Kita perlu lebih kreatif sekiranya ingin berjaya dalam hidup. Ini kerana dengan pemikiran yang kreatif, kita tidak akan bergantung kepada sesuatu sahaja. Malah kita mampu berfikir lebih luas dan mampu mempelbagaikan pilihan biarpun dalam situasi yang terhad. Misalnya kita hanya ada sehelai kemeja, sehelai t-shirt dan sehelai seluar untuk di pakai dalam seminggu. Biarpun terhad, namun dengan pemikiran yang kreatif, kita mampu menggayakan ketiga-tiga pakaian tersebut dengan pelbagai gaya sehinggakan ramai yang tidak perasan kita sebenarnya mengulangi pakaian yang sama. Begitu juga ketika kita melakar lukisan. Biarpun hanya di beri satu batang pensel dan sekeping kertas, tetapi kita mampu melakar lukisan yang begitu mengagumkan seolah-olah kita menggunakan pelbagai alatan lukisan. Namun, bagaimana untuk menjadi kreatif ? Tepuk dada, tanya selera .... Fikir-fikirkan ..... =)

Monday, 17 May 2010

Short filem SURAT TERAKHIR_P.P.S production SMKTI

Sunday, 16 May 2010

anekdot buat mu guru ~

Assalamualaikum dan salam sejuta kasih ..

Ke hadapan guru-guru yang disanjungi. Anekdot ini digarap untuk menyusun sejumlah rasa dihati, untuk mengukir sejumlah ingatan disanubari. Tetapi, entah dengan perkataan apakah harus dimulakan bicara. Entah dengan perkataan apakah harus dinyatakan resah rasa. Hanya ada satu perkataan yang bergema diseluruh ruang hati , MAAF.

Maafkan segala keterlanjuran bicara.
Maafkan segala kekasaran tingkah dan bahasa.
Maaf atas segala yang mengguris rasa.
Maaf atas segala yang mencalarkan sukma.

Sesungguhnya, diri rasa amat bertuah kerana berkesempatan mengutip ilmu disini. Menimba pengalaman dan menyusun harapan. Sukarnya untuk menggambarkan resah dihati. Bagaimana nantinya harus menghadapi hari-hari, pada ketika kaki harus mengatur langkah pergi dari sini. Terlalu banyak memori suka dan duka yang terlukis dikanvas alam persekolahan.

Bukan tidak pernah hati memberontak.
Bukan tidak pernah jiwa bergelodak.
Bukan tidak pernah naluri disiram rasa amarah.
Pada ketika ditegur sang guru.
Pada ketika sang guru meninggikan suara.
Tapi aku percaya, mungkin ini kerana perbezaan zaman.
Mungkin juga wujud percanggahan budaya ATAU perbezaan usia.
Lantas timbul kekeliruan dan rasa tidak sefahaman.

Lalu pada kesempatan hari ini, kami menyusun sepuluh jari dengan sejuta rasa rendah dihati. Maafkanlah anak-anak didikmu yang baru belajar mengenal kehidupan. Bukankah usia remaja itu merupakan zaman peralihan? Zaman yang cukup sukar untuk membuat pilihan dan menerima perubahan. Sedang sejak kecil, ada antara kami yang tidak pernah menerima latihan. Jauh sekali menerima perhatian dan pemantauan. Fahamilah, betapa berkeping-keping hati ini, penuh dengan kecelaruan dan ketidaktentuan. Ke mana lagi harus kami menumpang ihsan? Bimbinglah kami dengan ketulusan dan kelembutan.

Kadangnya tidak terniat untuk menyakitkan hati.
Tidak terdetik untuk menimbulkan rasa marah dan benci.
Namun, itulah yang terjadi.
Barangkali itulah keegoan seorang remaja.
Barangkali itulah kedegilan seorang remaja.
Mahu kelihatan hebat dalam segala.
Mahu dipuja dan dicinta.
Kononnya mahu menjolok bulan, mahu mengait bintang.
Sedang hakikatnya diri tak punya apa-apa.
Ilmu kosong didada.
Hanya rasa muda yang menyala-nyala.

Cikgu, tiba ketikanya kami akan pergi jua. Pastinya setiap wajah cikgu kekal terpahat dalam memori. Percayalah, jasamu tetap kami junjung. Pengorbananmu tetap kami julang. Mana mungkin kami melupakan setiap keringat gighmu. Tabah berusaha menyongsongkan kami hingga ke tangga menara. Walau hakikatnya kami tidak pernah mampu membayar apa-apa.

Akhir bicara, wahai ayahanda dan bonda, terima kasih atas segalanya. Maaf atas segalanya.

Sebanyak mana pepohon dihutan.
Sebanyak mana bebuih dilautan.
Sebanyak mana bntang yang berkerdipan.
Sebanyak itulah kami memohon kemaafan.
Simpanlah catatan ini sebagai memori terindah dalam kehidupan.


Selamat Hari Guru..
Terima Kasih Cikgu..


15 MEI 2010..

Friday, 16 April 2010

2 perkara yang anda perlu ubah untuk berjaya ~

1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati. Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita. Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu. Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Saturday, 27 March 2010

10 sebab doa terhijab..

"wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankanNya. beritahu kami, apakah sebabnya? Ibrahim Adham menjawab, "terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..."
1. kamu mengenali Allah, tapi kamu tidak menunaikan hakNya (perintahNya)
2. kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya
3. kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi kamu menurut hasutannya
4. kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w, tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya
5. kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal mendapatkannya
6. kamu mendakwa membenci neraka, tpi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa
7. kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia menghadapinya
8. kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri
9. kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya
10. kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya

Sunday, 21 March 2010

cara berkesan memikat lelaki..(credit to berita mingguan)

~ elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna..
~ jangan perasan anda jelita..
~ sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan..
~ bersikap keibuan..
~ ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis..
~ kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat..
~ lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu. jangan bersikap terlalu kuno..
~ sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka..
~ berperwatakan menarik dan lemah lembut..
~ jujur dan sentiasa merendah diri..
~ lakukan apa yang dia suka..
~ pandai menarik minat lelaki..
~ jangan terlalu mengongkong..
~ ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan..
~ jaga cara penampilan atau pemakaian anda..
~ sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati..
~ lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang..
~ apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. ini bagi memeberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan..
~ jangan bersikap terlalu jual mahal..
~ bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan..
~ tidak mudah putus asa dan berdikari..
~ elak bercakap benda yang tidak berfaedah..
~ jangan bandingkan dia dengan lelaki lain..
~ menjadi temannya ketika susah dan senang..
~ jadi pendengar yang setia dan bukan pembangkang..
~ lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik..
~ bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki..
~ menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat..
~ bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku..
~ jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya..
~ bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan..
~ jangan terlalu merengek dan mengada-ngada..
~ jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda..

Tuesday, 16 March 2010

saya lama menyepi..kan?

hmm...mmg dh lme x update blog ksygn nih..
huhu..bz dgn mnjga n mnjenguk abh dihspital..
alhamdulillah..abh sudah bransur pulih setelah operation aritu..
syukur padaMu ya Allah..
aku tgh cti sem skng..huhu..
bkk je sem ni trus exam..stdy pn blm lg..pening3...
rndu sama kmu2 smua di blog..dh lme xblogwalking..
nti ad mse aku jengok2 korg eyh...
mishh yeahh...
emm...k la...aku nk pg mkn..huhu..lpr nih..xmkn lg...
see yahh..

=)))



mood ; saya ok ! mungkin !

Monday, 1 March 2010

maafkan cinta_ajai~

Berat hati utk lepaskan..

Berat kata utk lafazkan..

Berat lagi utk ku tempuh perjalanan hidup tanpamu..

Tapi itu yg kurasai..

Agar sedar ku dari mimpi..

Berakhirlah cerita cinta kau dan aku..

Memang kau aku cinta..

Memang cintaku sampai mati..

Memang tiada penggantimu..

Kau nyata terbaik untukku..

Tapi tak daya ku melawan..

Takdir Tuhan telah ku terima..

Perpisahan yg tak kuduga, tak kusangka..

Cekalkanlah dua hati pencinta..

Agar dapat ku teruskan perjalanan tanpa cinta..

Keringkanlah air mata perpisahan..

Agar bisa kulepaskan dirimu yang kusayangi..

Maafkanlah cinta..

Kasihanilah cinta..

Bukan salah cintaku..

Bukan salah cintamu..

Maafkanlah cinta..

Kasihanilah cinta..

Bukan salah cintaku..

Bukan salah cintamu..

Yakinkah hatimu..

Mungkin satu hari..

Jika ditakdir bersamaku..

Cintaku cintamu terpateri di hati selamanya..

Jangan kau bersedih..

Jangan kau sesali anggaplah semua suratan..

Takdir telah tentukan..

Mungkin satu hari cintaku cintamu disatukan..




mood ; aBc..i'm sorry.....

Sunday, 28 February 2010

maafkanku~

gemerlap malam membuatku teringat akan dirimu..
terbayang akan wajah mu..
dan melayang bersama indahnya kenangan kita..
dahulu hidup ku terasa hampa akan cinta..
tetapi semenjak adanya dirimu..
hidupku terasa bahagia..
meskipun sering kali aku menyakiti hatimu..
engkau tetap setia disampingku..
siang dan malam ku..
tapi kini semua mungkin akan berlalu..
kerana diriku yang selalu melukaimu..
maafkan aku sayang..
kerana ini memang salahku..
aku tetap cinta padamu..
walaupun engkau pergi meninggalkanku..

Wednesday, 24 February 2010

tulisan dalam tangisan~

aku tergamam...hanya 2 y aku blh bt ble ancik bgtau aku psal abh..aku terdiam..mse aku tpn mk dri sklh tnye psl abh,mk ckp abh ok je..tp ble blik,bnde laen y aku dpt tau..aku terdiam..xtau nk wtpe..aku jd blur..tgk abh,aku trus rse nk nanges..tp aku kuatkn ati xnk nanges dpn abh n mk..ancik cte y abh kne kanser usus besar..n ari rbu (arini) kne further check up..ari khms (esk) kne msukkn skop dlm usus utk pstikn bnde 2...dktr ckp bnde 2 dh bsar 5cm..n kne bt operation cpt2 sblm bnde 2 pecah...klu pecah,virus 2 akn mrebak ke sluruh bdn abh..aku tkut...aku mmg trsentak gler sbb abh mmg xpnh ad pnyakit sblm ni..mk pesan jgn gtau k.imah psl ni sbb tkut die nk blik cni dr labuan..cian kt die..n y btkn aku lg sedih ble bce wallpost kt fb..k.imah ckp "i need u..i miss ur hug..do u feel da sme wif me??" aku mmg xleh nk thn sgt tyme 2...aku xtau nk wtpe..aku mmg rndu die n aku ksian kt die...hnya bilik mnjdi peneman aku nanges..sbb aku xnk mk tgk aku sedih..aku prlu jd kekuatan mk...ptg td pg tgk abh..dktr xbg abh mkn sbb esk kne check..die just blh mnum air je..ksian abh..tp aku tau abh kuat n tabah...abh n mk mmg kuat..kuat utk dri sndri n kuat utk ank2 mreka..



ya allah..
selamatkanlah abh..
kami syg abh..
kami blum brsedia utk hdpi dugaanmu ya allah...
jika boleh,gantikanlah kami ditempat abh ya allah..
kami msih perlukan abh untuk mnjdi pmbkar smgt kami...
kami perlukan abh....
kami memohon drimu ya allah..
dgrlh rntihan kmi ya allah....
hanya padamu kmi berserah.....



Saturday, 20 February 2010

kau ratu hati ku emak~


hari ni genap usia emak 55tahun..
pn azizah bt.saad..
seorang wanita yang amat tabah..
wanita yang amat penting dalam hidup kami semua..
wanita yang banyak berkorban untuk kami..
tiada apa yang dapat kami balas..
hanya dengan kasih sayang yang tak terhingga dari kami untuk emak..
kau penawar segala duka..
terima kasih kerana melahirkan kami dan besarkan kami..
semoga dirimu sentiasa diberkati olehNya..
we love u mum..
forever !


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



pn azizah bt. saad..
beliau amat sukakan bunga !


akak sayang mak !

huhuhu...akak suke gmba nih..
luv u alot !

LASTLY...
hadiah untuk emak..
(from me n angah)


pink roses blouse 4 u on ur bufday mum...
*sory sbb mse kuar pg bli bju ni xgtau kt mak..huhu*

Thursday, 18 February 2010

hepy bufday bro !

to my beloved bro..
mohd taufiq b. md sollhi..
hepy 21st bufday today..
may god bless u owez..
dh tua la kmu..
hihihii....
jgn nk ngade2 n mnje2 lg ok...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
da bufday boy !

*ngade2 ar 2*



*sis n bro*


fikiran~

ada orang mengatakan jangan ikut kata hati, nanti mati..
ada juga yang mengatakan ikutlah kata hati, supaya benar seperti yang diinginkan..
mengikut kata hati ada kalanya benar dan ada kalanya songsang..
benar jika kita pasti dengan kata hati..
songsang jika kita was-was dengan kata hati sendiri..
percaya pada kata hati adalah penting..
terlalu mempercayai binasa badan..
percaya pada kata hati perlu seiring dengan fikiran yang waras..
tanpa berfikir segalanya akan rosak..
berfikir sebelum bertindak itu perlu..

jadi, kata hati dan berfikir harus bersama..



mood ; berfikir....

Wednesday, 17 February 2010

orang kecil by wani ardy....

hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun..

ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar..

tersesak dalam cita, diuji dan diduga..

namun aku ini hanya orang kecil..

jauhnya cinta, jauhnya bahagia..

gelap gelita, kosongnya jiwa..

ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang..

bersyukur apa ada, ku akan sampai ke sana..

hari ini ku lihat temanku, dan separuhnya bersatu..

ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar..

tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi..

namun aku ini, hanya orang kecil..



mood ; ok....

Tuesday, 16 February 2010

mata cinta...

cinta itu ibarat sebuah anak panah..
sekali ia terlepas,ia akan menancap dimana saja..
tidak tanganmu atau tanganku yang mampu mematahkannya..
dia akan tetap disana, dan waktu tak membuatnya berkarat..
kadang cinta tidak sepaham dengan logika..
memilih waktu dan orang yang tepat untuk jatuh cinta..
kata orang cinta itu tidak mempunyai mata..
tetapi semua orang mempunyai mata..
bersama dengan dirimu..
akan kualami rasa bahagia..
walaupun pasti lebih banyak rasa pahitnya..
memang cinta tak bermata..
hebatnya cinta bisa butakan siapa saja..
cinta memang tak peduli rasa..
semuanya bisa jatuh cinta..

Sunday, 14 February 2010

saya gembira~~

saya gembira..
apa yang saya hajatkan dah tercapai..
kita hanya berkawan..
terima kasih...
saya suka...
kita memang ditakdirkan untuk berkawan saja...
awak memang untuk dia..
dan dia memang untuk awak...
terima kasih untuk sayang awak selama ini..
saya hargai..
maafkan saya kerana tidak dapat membalas seperti yang awak harapkan..
saya sudah mencuba..
tetapi tidak berhasil...
saya tidak tahu apa yang ada dalam hati saya...
mungkin belum ada yang sesuai dengan saya...
tetapi tak mengapa...
saya gembira.......




.................................................................................................................



mood ; saya suka.....



=]

Saturday, 13 February 2010

buntu~

saya sudah penat fikir pasal awak..
sudahlah...
saya sudah malas..
saya pening...
cukup..
tak perlu lagi kata2 manis dari awak...
saya dah tak ingin lagi....
saya dah tak rasa apa2 lagi pada awak...
lebih baik awak pergi...
pergi jauh2....
jangan datang pada saya lagi...
saya dah penat dan letih...
untuk menipu perasaan saya pada awak....
saya dan awak adalah satu kesilapan yang besar..
benda ini berlaku terlalu cepat...
saya minta maaf...
sudah.....
saya malas.....
terima kasih....


.............................................................................................................................................................

Wednesday, 10 February 2010

i'm sorry...

i'm sorry for hurting u..
i'm sorry for making u cry..
i'm sorry i didn't realize why..
i'm sorry for not understanding..
i'm sorry for all those fights..
i'm sorry for not listening..
i'm sorry for not trying..
i'm sorry i failed u..
i'm sorry i didn't try..
i'm sorry for not supporting u..
i'm sorry i really am..
i'm sorry it was too late..
i'm sorry i cried all night..
i'm sorry i never found u..
i'm sorry your hearts lost..
i'm sorry i couldn't cure it..
i'm sorry but i'll try now..
i'm sorry if its too late..
i'm sorry but i have to try..
i'm sorry for being so bad..
i'm sorry for being so down..
i'm sorry for not understanding u when i wasn't even around..
i'm sorry for underestimating u..
i'm sorry i let u fall that time..
i'm sorry for losing your heart..
i'm sorry i wish things where ok..
i'm sorry for being an idiot..
i'm sorry..
i'm sorry..
my self...
mood ; not stable..
=[

Saturday, 6 February 2010

huhu~

demam..

tolong...

huhuhu...

mmg xlarat giler nih...

memusing je rse...

k laa...

nk tdo jp..

tkcre..

byepp....

mood ; malasnyee.....


=[

Saturday, 30 January 2010

untukmu...


di saat kegelapan..

ku mencari cahaya untuk menerangi diri..

di saat ku jatuh..

ku sedar KAU sentiasa bersama ku..

di saat ku alpa..

KAU beri pengajaran supaya ku berubah..

di saat ku memerlukan..

KAU sentiasa berada di sisi..

aku tahu diri ini cukup lemah..

untuk menempuhi hidup ini tanpaMU..

sujudku hanya padaMU..

rintihku juga hanya untukMU..

terimalah taubatku ini..

ya ALLAH..

pandanglah kami..

berikanlah kami hidayahMU..

semoga kami sentiasa diberkati..

dengan limpahan kasihMU..

ya ALLAH..

Friday, 22 January 2010

kutanya hati..

kutanya hati...
kutepuk dada sendiri...
manakah hala perjalananku ini?
terasa sangsi masih kubelum mengerti...
adakah aku dilanda laluan pasti?

bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan...
apakah berita yang suci dari sempadan?
berikan petunjuk hidayah dan pesanan...
bawakan doaku terus ke takhta pangkuan...

berbalas pandangan mataku dengan sang bulan...
bagaikan bicara mengharapkan pengertian...
moga disusun bintang yang berselerakan...
menjadi landasan laluan perjalanan...

kutanya hati...
apakah bisa aku dikhianati...
dengan kata hati yang tidak pasti...
atau akukah yang tidak mengerti...
betapa berharganya hati yang suci...

subhanallah...
indahnya hati pemberian Allah...
akan kujaga biarpun payah...
akan kuhias dengan sifat mahmudah...
akan kusingkir sifat mazmumah...

Monday, 18 January 2010

hanya itu...

sekarang,apa y aku tau hnya.....




letihpenatletihpenatletihpenatletihpenatletihpenatletihpenat!!!!!!!


huh!



ya allah..
kuatkan dan tabahkanlah hati hamba mu ini....
aku hnya brgantung pada mu ya allah....




=(

Wednesday, 6 January 2010

saimen oh saimen...

huhuhu...
dh strt thun bru nih..
brmkne aku pn dh jd stdent upper6 la skng ni...
thun ni mmg aku kne struggle sbb nk exm..huhu...
tkott...
so,skng ni dh xleh dh nk maen2 lagik..
consentrate ok!!
dh la saimen byk..
pening kpala nk buat..
nk xnk mmg kne bt la...
jgn nk byk songeh lak k...
dh laa...
nk cntnue crik bhan utk saimen..
daaa....
tkecre....



mood ; ok...



=)