cinta adalah kekuatan ,
mampu mengubah duri menjadi mawar ,
mengubah sedih menjadi riang ,
mengubah amarah menjadi ramah ,
mengubah musibah menjadi muhibbah ,
itulah cinta ..
sekali pun cinta telah ku huraikan ,
dan menjelaskan dengan panjang lebar ,
namun jika aku didatangi cinta ,
aku menjadi malu pada keterangan ku sendiri ..
meskipun lidah telah mampu menguraikan ,
namun tanpa lidah ,
cinta ternyata lebih tenang ,
sementara pena begitu tergesa-gesa menulisnya ,
kata-kata pecah berkeping-keping ,
begitu sampai kepada cintanya ..
dalam menguraikan cinta ,
akal terbaring tidak berdaya ,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur ,
cinta sendirilah yang menerangkan ,
cinta dan percintaan ..
Wednesday, 16 March 2011
kekuatan hati ~
writen by s.a.y.a.s.i.t.i.") at 12:19:00 am
on hati kita
Saturday, 12 February 2011
~ Dalam Librari
Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?
Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua
Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada
~ A. Samad Said
writen by s.a.y.a.s.i.t.i.") at 9:20:00 pm
Tuesday, 8 February 2011
segala perasaan itu indah jika ...
Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
writen by s.a.y.a.s.i.t.i.") at 10:21:00 pm
on redha
penantian ~
berapa lama mesti ku nanti ..
sinar cahaya matamu ..
gemerlap bagai bintang ..
menghiasi malam ..
malam yang menutup diriku ..
berapa lama perlu ku tunggu ..
lontaran suara dari bibirmu ..
memecah hening taman ..
taman syurgawi ..
pada sebuah hati yang sepi ..
penantian suatu siksa ..
yang tidak tertanggung ..
oleh tubuhku yang kering dan layu ..
kepastian suatu penawar ..
dalam suka dan duka ..
yang meniti hidupku ..
writen by s.a.y.a.s.i.t.i.") at 3:06:00 pm
Sunday, 23 January 2011
anda y brnama NOOR SYUHADAH !
writen by s.a.y.a.s.i.t.i.") at 6:14:00 pm
on sahabat
Wednesday, 29 December 2010
Live Life To The Fullest ~
writen by s.a.y.a.s.i.t.i.") at 8:59:00 pm
Sunday, 14 November 2010
be alert please .. =D
1. Lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka cantik. sebaliknya diorang lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketrampilan.
*perempuan yang kurang cantik di luar sana tak usah risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri anda. pasti meletop di hadapan mata lelaki selepas ni!*
2. Lelaki sangat suka flirts. itu lumrah alam. if perempuan tak boleh nak terima pergi jadi lesbo ok!
*sama-sama tak flirt la*
3. Lelaki boleh suka pada perempuan dalam seminit dan boleh jugak tak suka pada perempuan itu seminit kemudian. pernah terjadi macam itu?
4. Lelaki mungkin akan flirting around seharian suntuk. tapi sebelum tidur dia pasti akan berfikir tentang perempuan yang paling dia sayangi. sampai terbawa ke dalam mimpi. percaya la.
5. Lelaki boleh gila bila terkene panahan senyum sang perempuan.
6. Sila jangan cerita pasal ex-boyfriend. Lelaki amat pantang!
7. Bila kaum perempuan memberi message 'you know what?!! ermm. never mind'. akan membuatkan sang lelaki ini berfikiran jauh menyimpang dari apa sebenarnya yang sang perempuan ingin sampaikan.
8. Lelaki benci Gay.
9. Lelaki suka perempuan yang pandai memasak.
10. Lelaki hanya ada satu nafsu. perempuan ada 9. maksudnya?
writen by s.a.y.a.s.i.t.i.") at 9:15:00 pm 0 action
on hohoi ~