CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 21 May 2010

kita dan kreatif !

Kita perlu lebih kreatif sekiranya ingin berjaya dalam hidup. Ini kerana dengan pemikiran yang kreatif, kita tidak akan bergantung kepada sesuatu sahaja. Malah kita mampu berfikir lebih luas dan mampu mempelbagaikan pilihan biarpun dalam situasi yang terhad. Misalnya kita hanya ada sehelai kemeja, sehelai t-shirt dan sehelai seluar untuk di pakai dalam seminggu. Biarpun terhad, namun dengan pemikiran yang kreatif, kita mampu menggayakan ketiga-tiga pakaian tersebut dengan pelbagai gaya sehinggakan ramai yang tidak perasan kita sebenarnya mengulangi pakaian yang sama. Begitu juga ketika kita melakar lukisan. Biarpun hanya di beri satu batang pensel dan sekeping kertas, tetapi kita mampu melakar lukisan yang begitu mengagumkan seolah-olah kita menggunakan pelbagai alatan lukisan. Namun, bagaimana untuk menjadi kreatif ? Tepuk dada, tanya selera .... Fikir-fikirkan ..... =)

Monday, 17 May 2010

Short filem SURAT TERAKHIR_P.P.S production SMKTI

Sunday, 16 May 2010

anekdot buat mu guru ~

Assalamualaikum dan salam sejuta kasih ..

Ke hadapan guru-guru yang disanjungi. Anekdot ini digarap untuk menyusun sejumlah rasa dihati, untuk mengukir sejumlah ingatan disanubari. Tetapi, entah dengan perkataan apakah harus dimulakan bicara. Entah dengan perkataan apakah harus dinyatakan resah rasa. Hanya ada satu perkataan yang bergema diseluruh ruang hati , MAAF.

Maafkan segala keterlanjuran bicara.
Maafkan segala kekasaran tingkah dan bahasa.
Maaf atas segala yang mengguris rasa.
Maaf atas segala yang mencalarkan sukma.

Sesungguhnya, diri rasa amat bertuah kerana berkesempatan mengutip ilmu disini. Menimba pengalaman dan menyusun harapan. Sukarnya untuk menggambarkan resah dihati. Bagaimana nantinya harus menghadapi hari-hari, pada ketika kaki harus mengatur langkah pergi dari sini. Terlalu banyak memori suka dan duka yang terlukis dikanvas alam persekolahan.

Bukan tidak pernah hati memberontak.
Bukan tidak pernah jiwa bergelodak.
Bukan tidak pernah naluri disiram rasa amarah.
Pada ketika ditegur sang guru.
Pada ketika sang guru meninggikan suara.
Tapi aku percaya, mungkin ini kerana perbezaan zaman.
Mungkin juga wujud percanggahan budaya ATAU perbezaan usia.
Lantas timbul kekeliruan dan rasa tidak sefahaman.

Lalu pada kesempatan hari ini, kami menyusun sepuluh jari dengan sejuta rasa rendah dihati. Maafkanlah anak-anak didikmu yang baru belajar mengenal kehidupan. Bukankah usia remaja itu merupakan zaman peralihan? Zaman yang cukup sukar untuk membuat pilihan dan menerima perubahan. Sedang sejak kecil, ada antara kami yang tidak pernah menerima latihan. Jauh sekali menerima perhatian dan pemantauan. Fahamilah, betapa berkeping-keping hati ini, penuh dengan kecelaruan dan ketidaktentuan. Ke mana lagi harus kami menumpang ihsan? Bimbinglah kami dengan ketulusan dan kelembutan.

Kadangnya tidak terniat untuk menyakitkan hati.
Tidak terdetik untuk menimbulkan rasa marah dan benci.
Namun, itulah yang terjadi.
Barangkali itulah keegoan seorang remaja.
Barangkali itulah kedegilan seorang remaja.
Mahu kelihatan hebat dalam segala.
Mahu dipuja dan dicinta.
Kononnya mahu menjolok bulan, mahu mengait bintang.
Sedang hakikatnya diri tak punya apa-apa.
Ilmu kosong didada.
Hanya rasa muda yang menyala-nyala.

Cikgu, tiba ketikanya kami akan pergi jua. Pastinya setiap wajah cikgu kekal terpahat dalam memori. Percayalah, jasamu tetap kami junjung. Pengorbananmu tetap kami julang. Mana mungkin kami melupakan setiap keringat gighmu. Tabah berusaha menyongsongkan kami hingga ke tangga menara. Walau hakikatnya kami tidak pernah mampu membayar apa-apa.

Akhir bicara, wahai ayahanda dan bonda, terima kasih atas segalanya. Maaf atas segalanya.

Sebanyak mana pepohon dihutan.
Sebanyak mana bebuih dilautan.
Sebanyak mana bntang yang berkerdipan.
Sebanyak itulah kami memohon kemaafan.
Simpanlah catatan ini sebagai memori terindah dalam kehidupan.


Selamat Hari Guru..
Terima Kasih Cikgu..


15 MEI 2010..