CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Daisypath Anniversary tickers

Sunday 27 June 2010

aku bukan sumayyahmu !

kasihku ..
bunga semalam telah layu ..
gugur daripada jambangannya ..
mujur cinta dan perjuangan kita ..
bukan itu lambangnya ..

mulut kaku untuk merayu ..
hatiku malu untuk terus cemburu ..
tidak seperti dulu ..
kerana kini kau mujahid ..
yang rindu memburu syahid ..

maaf kiranya tutur dan tingkah ..
senyuman dan seri wajah ..
pudar dan hambar dimatamu ..
padaku yang baru belajar ..
menjadi seorang mujahidah ..

aku kini hanya mendoakan ..
agar kau menjadi yassir ..
walau kiranya ..
aku bukan ..
sumayyahmu ..

dalam tangis ku cuba senyum ..
ketika kau bermusafir ..
sepertinya Siti Hajar ..
sewaktu ditinggalkan Ibrahim ..

biar selalu kita berpisah ..
selalu derita kerana susah ..
kerana syurga menagih ujian berat ..
sedangkan neraka dipagari nikmat !

Tuesday 22 June 2010

memaafkan ~

selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain ,
itu petanda kau sendiri tidak bahagia ..
pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia ..
wahai diri , ingatlah ..
segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua ..
jika datang orang 'menghadiahkan' air mata ..
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar ..
jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab' ,
lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab' ..
jika kau disakiti dia , DIA sedang mengajarmu erti redha ..

firman Allah swt yang bermaksud :

" tolaklah kejahatan dengan sebab kebaikan .. nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara "

surah fussilah : 34 ..

kini , hatiku tertanya lagi .. siapa aku yang begitu sukar memaafkan ? tuan ? tuhan ? aku hanya hamba ! sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf , Maha Pengampun .. siapa aku yang kerdil untuk berdendam ? Ya Allah ....

Monday 14 June 2010

ST 12 - Jangan Pernah Berubah (Super HQ Audio/Video) *with LYRICS/CAPTION