CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 27 June 2010

aku bukan sumayyahmu !

kasihku ..
bunga semalam telah layu ..
gugur daripada jambangannya ..
mujur cinta dan perjuangan kita ..
bukan itu lambangnya ..

mulut kaku untuk merayu ..
hatiku malu untuk terus cemburu ..
tidak seperti dulu ..
kerana kini kau mujahid ..
yang rindu memburu syahid ..

maaf kiranya tutur dan tingkah ..
senyuman dan seri wajah ..
pudar dan hambar dimatamu ..
padaku yang baru belajar ..
menjadi seorang mujahidah ..

aku kini hanya mendoakan ..
agar kau menjadi yassir ..
walau kiranya ..
aku bukan ..
sumayyahmu ..

dalam tangis ku cuba senyum ..
ketika kau bermusafir ..
sepertinya Siti Hajar ..
sewaktu ditinggalkan Ibrahim ..

biar selalu kita berpisah ..
selalu derita kerana susah ..
kerana syurga menagih ujian berat ..
sedangkan neraka dipagari nikmat !