CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 16 March 2011

kekuatan hati ~

cinta adalah kekuatan ,
mampu mengubah duri menjadi mawar ,
mengubah sedih menjadi riang ,
mengubah amarah menjadi ramah ,
mengubah musibah menjadi muhibbah ,
itulah cinta ..

sekali pun cinta telah ku huraikan ,
dan menjelaskan dengan panjang lebar ,
namun jika aku didatangi cinta ,
aku menjadi malu pada keterangan ku sendiri ..

meskipun lidah telah mampu menguraikan ,
namun tanpa lidah ,
cinta ternyata lebih tenang ,
sementara pena begitu tergesa-gesa menulisnya ,
kata-kata pecah berkeping-keping ,
begitu sampai kepada cintanya ..

dalam menguraikan cinta ,
akal terbaring tidak berdaya ,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur ,
cinta sendirilah yang menerangkan ,
cinta dan percintaan ..



Saturday, 12 February 2011

~ Dalam Librari

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada


~ A. Samad Said




Tuesday, 8 February 2011

segala perasaan itu indah jika ...

Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...

penantian ~

berapa lama mesti ku nanti ..
sinar cahaya matamu ..
gemerlap bagai bintang ..
menghiasi malam ..
malam yang menutup diriku ..

berapa lama perlu ku tunggu ..
lontaran suara dari bibirmu ..
memecah hening taman ..
taman syurgawi ..
pada sebuah hati yang sepi ..

penantian suatu siksa ..
yang tidak tertanggung ..
oleh tubuhku yang kering dan layu ..
kepastian suatu penawar ..
dalam suka dan duka ..
yang meniti hidupku ..

Sunday, 23 January 2011

anda y brnama NOOR SYUHADAH !

siyesly sy rndu anda .. sy rndu LEPAT sy .. huhu .. xtau nape weh .. mybe sbb kite jauh kot .. dlu dkt je kn .. tp xpe laa .. ko pg stdy .. bkn ko tggl aku trus kn ? rndu nk snap2 pic lg ..




* a story telling was begin *

* muke kite mcm same kn ? hikhik ..


*snap2 mmg kje kite .. =D


* kite y sntiase weng .. hahah ..


* weekend time at library ..


* miss dis moment !


*manje2 laa .. heheh ..


* K.I.T.A !





siyesly aku mmg syg ko ..
aku ngaku aku mmg ad ase sumthng bile ko xde kt sni ..
aku ase mcm kosong ..
sbb sblm ni mane2 aku pgi msti dgn ko ..
skng ni aku nk kuar pn dh mls ..
sbb ko xde ..
thnks kawan ..
sbb bt aku ase rindu ko ..

):

Wednesday, 29 December 2010

Live Life To The Fullest ~





If you treasure the beauty
that shows all around you
and try to add some of your own,

Enjoy the companionship
others can give you
yet value your moments alone,

If you honor opinions
that differ from yours
yet stand up for what you believe,

Admire the accomplishments
others have made
and take pride in what you can achieve...

If you love those around you
and love yourself too,

If your spirit is eager and free...
then you know what it means
to live life to the fullest
and be the best 'you' you can be!

- Amanda Bradley -

Sunday, 14 November 2010

be alert please .. =D

1. Lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka cantik. sebaliknya diorang lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketrampilan.
*perempuan yang kurang cantik di luar sana tak usah risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri anda. pasti meletop di hadapan mata lelaki selepas ni!*

2. Lelaki sangat suka flirts. itu lumrah alam. if perempuan tak boleh nak terima pergi jadi lesbo ok!
*sama-sama tak flirt la*

3. Lelaki boleh suka pada perempuan dalam seminit dan boleh jugak tak suka pada perempuan itu seminit kemudian. pernah terjadi macam itu?

4. Lelaki mungkin akan flirting around seharian suntuk. tapi sebelum tidur dia pasti akan berfikir tentang perempuan yang paling dia sayangi. sampai terbawa ke dalam mimpi. percaya la.

5. Lelaki boleh gila bila terkene panahan senyum sang perempuan.

6. Sila jangan cerita pasal ex-boyfriend. Lelaki amat pantang!

7. Bila kaum perempuan memberi message 'you know what?!! ermm. never mind'. akan membuatkan sang lelaki ini berfikiran jauh menyimpang dari apa sebenarnya yang sang perempuan ingin sampaikan.

8. Lelaki benci Gay.

9. Lelaki suka perempuan yang pandai memasak.

10. Lelaki hanya ada satu nafsu. perempuan ada 9. maksudnya?







*copy paste dr blog akk sy y sweet .. sista BULAN .. *

Tuesday, 24 August 2010

....

K.E.C.E.W.A
FULLSTOP !

Tuesday, 13 July 2010

diriku dirimu ~

jika kau dengarkan ..
degupan jantungku ..
mungkin kau kan tahu ..
ku cinta padamu ..
izinkan jemariku ..
membelai rambutmu ..
sentuhan bibirmu ..
menggetar jiwaku ..
linangan matamu ..
memukau hatiku ..
mungkinkah kau tahu ..
jeritan batinku ..
walaupun menjauh ..
ku tetap selalu memujamu ..
seluruh hatiku ..
ku serah padamu ..
mungkinkah kau tahu ..
atau mengujiku ..
mungkinkah mimpiku ..
kau cinta diriku ..
bebaskanlah daku ..
dari belenggu mu ..
andai kau tahu ..
ku cinta padamu ..

Friday, 9 July 2010

S.E.R.A.B.U.T

ARGHHHH !
TENSION !
DAMN !

Wednesday, 7 July 2010

pelik ke ?


hmm .. rmai yg brtanye .. nape rama2 ? nape butterfly ? emm .. soalan yg simple tp sbnrny ssh utk di jwap .. aku sndri pn xtau nape .. prsaan utk mnat kpd rama2 dtg tiba2 .. tp bila aku lhat smula bnatang 2 .. bru aku phm knape .. sbb bg aku rama2 adalah bnatang ciptaan Allah y unik .. brmula drpd ulat kcil y hdup dlm kepompong .. kmudian mmbsar mnjdi seekor rama2 y cntik .. sgguh indah ciptaan Allah .. mmg xblh nk dinafikn lg .. aku kgum .. terima kasih Ya Allah krn tlah mncipta alam semesta yg pnuh dgn keindahan .. smoga aku blh trus mghayati keindahan dan keunikan ciptaanMu ..

da day we find love ~

Thursday, 1 July 2010

doa kita berdua ~

Ya Allah ..
kadang-kadang terasa belaian cinta-Mu ..
bersama kurnia sekalung hidayah ..
tapi kadang-kadang terasa bahang murka-Mu ..
seiring patahnya sebuah mujahada kami berdua ..

Ya Allah ..
walau apa pun ..
kami masih terus disini ..
mengemis di tepian janji-Mu yang pasti ..
disini kami masih mendamba cinta ..
kerana yakin cinta-Mu tidak pernah sirna ..
selamanya ..
buat kami berdua ..

Ya Allah ..
kau terlalu dekat ..
tanpa senyum ..
tanpa suara ..
namun cinta-Mu ketara jua ..
dalam doa ..
kami berdua ....

Sunday, 27 June 2010

aku bukan sumayyahmu !

kasihku ..
bunga semalam telah layu ..
gugur daripada jambangannya ..
mujur cinta dan perjuangan kita ..
bukan itu lambangnya ..

mulut kaku untuk merayu ..
hatiku malu untuk terus cemburu ..
tidak seperti dulu ..
kerana kini kau mujahid ..
yang rindu memburu syahid ..

maaf kiranya tutur dan tingkah ..
senyuman dan seri wajah ..
pudar dan hambar dimatamu ..
padaku yang baru belajar ..
menjadi seorang mujahidah ..

aku kini hanya mendoakan ..
agar kau menjadi yassir ..
walau kiranya ..
aku bukan ..
sumayyahmu ..

dalam tangis ku cuba senyum ..
ketika kau bermusafir ..
sepertinya Siti Hajar ..
sewaktu ditinggalkan Ibrahim ..

biar selalu kita berpisah ..
selalu derita kerana susah ..
kerana syurga menagih ujian berat ..
sedangkan neraka dipagari nikmat !

Tuesday, 22 June 2010

memaafkan ~

selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain ,
itu petanda kau sendiri tidak bahagia ..
pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia ..
wahai diri , ingatlah ..
segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua ..
jika datang orang 'menghadiahkan' air mata ..
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar ..
jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab' ,
lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab' ..
jika kau disakiti dia , DIA sedang mengajarmu erti redha ..

firman Allah swt yang bermaksud :

" tolaklah kejahatan dengan sebab kebaikan .. nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara "

surah fussilah : 34 ..

kini , hatiku tertanya lagi .. siapa aku yang begitu sukar memaafkan ? tuan ? tuhan ? aku hanya hamba ! sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf , Maha Pengampun .. siapa aku yang kerdil untuk berdendam ? Ya Allah ....

Monday, 14 June 2010

ST 12 - Jangan Pernah Berubah (Super HQ Audio/Video) *with LYRICS/CAPTION

Friday, 21 May 2010

kita dan kreatif !

Kita perlu lebih kreatif sekiranya ingin berjaya dalam hidup. Ini kerana dengan pemikiran yang kreatif, kita tidak akan bergantung kepada sesuatu sahaja. Malah kita mampu berfikir lebih luas dan mampu mempelbagaikan pilihan biarpun dalam situasi yang terhad. Misalnya kita hanya ada sehelai kemeja, sehelai t-shirt dan sehelai seluar untuk di pakai dalam seminggu. Biarpun terhad, namun dengan pemikiran yang kreatif, kita mampu menggayakan ketiga-tiga pakaian tersebut dengan pelbagai gaya sehinggakan ramai yang tidak perasan kita sebenarnya mengulangi pakaian yang sama. Begitu juga ketika kita melakar lukisan. Biarpun hanya di beri satu batang pensel dan sekeping kertas, tetapi kita mampu melakar lukisan yang begitu mengagumkan seolah-olah kita menggunakan pelbagai alatan lukisan. Namun, bagaimana untuk menjadi kreatif ? Tepuk dada, tanya selera .... Fikir-fikirkan ..... =)

Monday, 17 May 2010

Short filem SURAT TERAKHIR_P.P.S production SMKTI

Sunday, 16 May 2010

anekdot buat mu guru ~

Assalamualaikum dan salam sejuta kasih ..

Ke hadapan guru-guru yang disanjungi. Anekdot ini digarap untuk menyusun sejumlah rasa dihati, untuk mengukir sejumlah ingatan disanubari. Tetapi, entah dengan perkataan apakah harus dimulakan bicara. Entah dengan perkataan apakah harus dinyatakan resah rasa. Hanya ada satu perkataan yang bergema diseluruh ruang hati , MAAF.

Maafkan segala keterlanjuran bicara.
Maafkan segala kekasaran tingkah dan bahasa.
Maaf atas segala yang mengguris rasa.
Maaf atas segala yang mencalarkan sukma.

Sesungguhnya, diri rasa amat bertuah kerana berkesempatan mengutip ilmu disini. Menimba pengalaman dan menyusun harapan. Sukarnya untuk menggambarkan resah dihati. Bagaimana nantinya harus menghadapi hari-hari, pada ketika kaki harus mengatur langkah pergi dari sini. Terlalu banyak memori suka dan duka yang terlukis dikanvas alam persekolahan.

Bukan tidak pernah hati memberontak.
Bukan tidak pernah jiwa bergelodak.
Bukan tidak pernah naluri disiram rasa amarah.
Pada ketika ditegur sang guru.
Pada ketika sang guru meninggikan suara.
Tapi aku percaya, mungkin ini kerana perbezaan zaman.
Mungkin juga wujud percanggahan budaya ATAU perbezaan usia.
Lantas timbul kekeliruan dan rasa tidak sefahaman.

Lalu pada kesempatan hari ini, kami menyusun sepuluh jari dengan sejuta rasa rendah dihati. Maafkanlah anak-anak didikmu yang baru belajar mengenal kehidupan. Bukankah usia remaja itu merupakan zaman peralihan? Zaman yang cukup sukar untuk membuat pilihan dan menerima perubahan. Sedang sejak kecil, ada antara kami yang tidak pernah menerima latihan. Jauh sekali menerima perhatian dan pemantauan. Fahamilah, betapa berkeping-keping hati ini, penuh dengan kecelaruan dan ketidaktentuan. Ke mana lagi harus kami menumpang ihsan? Bimbinglah kami dengan ketulusan dan kelembutan.

Kadangnya tidak terniat untuk menyakitkan hati.
Tidak terdetik untuk menimbulkan rasa marah dan benci.
Namun, itulah yang terjadi.
Barangkali itulah keegoan seorang remaja.
Barangkali itulah kedegilan seorang remaja.
Mahu kelihatan hebat dalam segala.
Mahu dipuja dan dicinta.
Kononnya mahu menjolok bulan, mahu mengait bintang.
Sedang hakikatnya diri tak punya apa-apa.
Ilmu kosong didada.
Hanya rasa muda yang menyala-nyala.

Cikgu, tiba ketikanya kami akan pergi jua. Pastinya setiap wajah cikgu kekal terpahat dalam memori. Percayalah, jasamu tetap kami junjung. Pengorbananmu tetap kami julang. Mana mungkin kami melupakan setiap keringat gighmu. Tabah berusaha menyongsongkan kami hingga ke tangga menara. Walau hakikatnya kami tidak pernah mampu membayar apa-apa.

Akhir bicara, wahai ayahanda dan bonda, terima kasih atas segalanya. Maaf atas segalanya.

Sebanyak mana pepohon dihutan.
Sebanyak mana bebuih dilautan.
Sebanyak mana bntang yang berkerdipan.
Sebanyak itulah kami memohon kemaafan.
Simpanlah catatan ini sebagai memori terindah dalam kehidupan.


Selamat Hari Guru..
Terima Kasih Cikgu..


15 MEI 2010..

Friday, 16 April 2010

2 perkara yang anda perlu ubah untuk berjaya ~

1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati. Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita. Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu. Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.